KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia
menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.
Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan
seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan
kehilangan kita.
Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita
mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘husnul khatimah’ ataupun ‘su’ul
khatimah.’
Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati
ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.
Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup
yang baik ‘husnul khatimah’?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena
cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda
mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah
ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir
kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis
Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat.
Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika
di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah
wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata:
“Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang
mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai,
at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah
bin Mas’ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim
yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah
menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan
perang.
5. Mati dalam peperangan
fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan
sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai
Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja
yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku
yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya:
“Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?” Baginda
menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di
jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit
perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau
sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah
syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera.
Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai
berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab
mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan
Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa
runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda
Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana
wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid
berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan
Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana
melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung
perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling
masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh:
Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati
tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit
perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati
kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta
wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu
Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis
(TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan
Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid,
mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati
kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah
syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta
dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat
lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah,
dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan
jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa
saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam
membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati
mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada)
di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada)
di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama
sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati,
mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta
aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”
16. Orang yang meninggal ketika
mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah
sumber ~ facebook
sumber ~ facebook
No comments:
Post a Comment