Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya
dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu
‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan
witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia
adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai
sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan
dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara
menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain
iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat
dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan
tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang
maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya
diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat
Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan
solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat
sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan
pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis
yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini,
antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku
tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur
melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua
rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari
daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda
yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas
anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap
takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai
ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:
Sumber: facebook
No comments:
Post a Comment