Saturday 11 February 2012

hari ini dalam sejarah

Tragedi konspirasi pembunuhan Mujadid Kurun Ke19 Assyahid Imam Hassan Al-Banna Rahimahullah


-12 Februari-

"Kira-kira pukul lapan setengah petang, Sabtu, 12 Februari 1949, as syeikh Hasan AlBanna bersama abang iparnya al ustaz Abdul Karim Mansur, seorang peguam meninggalkan pejabat agung jamaah Al Ikhwan di Jalan Malikah Nazili di Kaherah. Beliau memanggil sebuah kereta dan kemudian menaikinya bersama iparnya itu. Semasa kereta itu memusing untuk membawa as syeikh AlBanna dan rakannya kepada tujuannya dari pintu jamaah Al Ikhwan menuju ke Jalan Malikah Nazili, tiba-tiba seorang pemuda yang bersongkok putih, mengacukan sepucuk pistol dan terus melepaskan tembakan kepada orang-orang yang ada di dalam kereta itu. Tembakan pertama menembusi dada kanan as syeikh Hasan Al Banna. Apabila beliau cuba menoleh ke arahnya, penceroboh itu menembak lagi sebanyak lima das di belakangnya, beliau cuba berdiri kerana terkejut tetapi ditembak lagi di paha kirinya. Pemandu kereta itu sempat membaringkan dirinya di atas kusyen tempat duduknya. Sejurus kemudian setelah tersedar dari kebingungannya, pemandu itu bersegera memecut keretanya ke pusat rawatan. Doktor yang merawat dapat melihat betapa parahnya keadaan as syeikh Hasan Al Banna, memerintahkan supaya as syeikh Hasan Al Banna dipindahkan ke Hospital ‘Qasru al Aini’. Di sana ternyatalah bahawa Hasan Al Banna telah ditembak dengan pistol sebanyak dua kali menembusi dadanya dan memecahkan sebatang dari tulang rusuknya sekaligus merosakkan bahagian dalam tubuhnya." - antara insiden sebelum syahidnya Al Imam Hassan Al Banna, seorang mujaddid abad kini

# al-fatihah kepada  Assyahid Imam Hassan Al-Banna Rahimahullah 

No comments:

Post a Comment