Rahsia Di Sebalik Mandi Wajib
Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang
Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan
melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum
mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk
membersihkan dirinya daripada hadas besar.
Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah
kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma
ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia
berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah
tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit
kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub. Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk
menguasai badan kita ketikadaya tahan badan manusia menjadi lemah akan
mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di
tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai
cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar
berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain
dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui
tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia
mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh. Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian
diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang
dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat
menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan
wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
Tayammum Pengganti Mandi Wajib
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan
wudu’ ( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang
kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan
tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam
badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu
juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering
dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air
badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di
luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana
kekontangan fisiologi badan. – Oleh: Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan
Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya
perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. Al—Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan
sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang
bermaksud: “Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan
dengan membasuh kedua-dua tangannya.” (Hadis riwayat Muslim) Menurut riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air
dengan tangan kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan
dripada Maimunah r.ha.“Rasulullah SAW apabila mandi jenabah,
Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang
dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh
kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian
Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya
pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Bagindamencurahkan air di atas kepala
sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci
kedua-dua kakinya“
Sumber: facebook
No comments:
Post a Comment