1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar
menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling
daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah
baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini ,
sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak
bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah :
kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa
alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu
melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka
tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau
syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar
atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan
nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa
Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan
Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!”
Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk
isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .”
selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk
tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap,
seperti
warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki
melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu
Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika
mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali
disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum,
demikian juga tubuh badan wanita
itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang
ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki
mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur
atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan
melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat
Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki
yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai
wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian
permpuan-perempuan kafir dan musyrik
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian
untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.
sumber-facebook
No comments:
Post a Comment