Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah
sorang sahabat yang aku kenali, aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa
remaja yang ingin mengenal cinta, namun apa yang boleh aku buat? Dia telah
jatuh cinta, apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta? Aku mencongak
kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak menyalahi erti cinta..
Apakah cinta yang sebenarnya? Bagaimana islam memandang
cinta? Bagaimana pula jika cinta menghampiri kita?
Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih.
Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan
lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan
gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta
boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada
bagaimana kita mengurus cinta itu.
Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.
1) Menyintainya kerana ALLAH swt…(cinta sepasang suami
isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat,(mengikuti sunah nabi)
2) Cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) Cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan
dan menahan diri)
Jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang
menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa
diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita
hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan “cinta
suci remaja” memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan
dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita
sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka
mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci….
Ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa
keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannyadengan membuat
pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa
layaknya adalah neraka.
Dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
“Tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling
mencintai kecuali nikah”
Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak
habis..bagaimana nak bernikah?
Dalam surah Al-Isra:ayat 32
“Janganlah kalian mendekati zina”
Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina?
Bingung juga.
Sabda nabi,
“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang
wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan”
Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik, tidak
akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,mampukah
sahabat tidak berdalih lagi?
Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan
cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan
sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang
dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang
tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas
pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini
menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika
dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti,
apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai
oleh ALLAH swt.
Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8 ) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8 ) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu
Boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga
ALLAH kan lebih indah, alangkah baiknya ALLAH. Sanggupkah kita menkhianatinNYA?
Bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah dia
lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai?
Rasulullah bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih
mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”
Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti?
kekasih kah?? Tentu tidak. Oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam
menghadapi cinta ini. InsyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang
lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri
di dunia dan akhirat nanti, insyaALLAH.
Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak
boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah
tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi
basah, maka berkahwinlah……demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu
rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi
zaman, insyaALLAH.
No comments:
Post a Comment