Betapa enaknya menikmati sepinggan nasi yang berlaukkan pelbagai pilihan mengikut citarasa dan kesukaan masing-masing...
Sebutir nasi umpama setitik peluh petani? Pernah anda dengar
iklan tv untuk produk "Beras Jadi Cap Kapal Layar" Beras
pilihan anda? Ia diumpamakan betapa susah dan besarnya pengorbanan petani yang
bertungkus lumus menanam, menjaga dan menuai beras sehingga menjadi nasi yang
dimakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Betapa berharganya nilaian usaha
petani yang besar itu diertikan dengan perbandingan sebutir nasi itu cukup
berharga dan tidak setanding pengorbanan petani... Hanya dengan sebutir nasi
itu menggambarkan betapa besarnya usaha petani... Penat dan berpanas terik,
berpeluh dan berselut. Bagaimana jika berbillion-billion nasi yang mereka
hasilkan???Mari kita sama-sama renungkan...
Syukur dipanjatkan atas nikmat rahmatNYA saya mendapat ilham
untuk terus menulis tanpa penat!... Alhamdulillah.... Hari ini saya mendapat
semangat baru untuk terus menulis tanpa jemu!.. Semoga kita semua dapat
memperolehi sedikit inspirasi dan motivasi dalam perkongsian penulisan saya
yang masih baru dan tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan penulis lain
yang hebat-hebat belaka...
Tujuan saya sememangnya inginkan kesedaran dan keinsafan
semua dalam memahami erti kehidupan dan membuka minda kita untuk mensyukuri
nikmatNYA... Sebenarnya, terlalu banyak nikmat yang ALLAH S.W.T telah berikan
kepada kita... Semuanya merupakan hadiah Allah buat hambanya, termasuk nikmat
kesihatan, kekayaan, kebahagiaan, pelajaran, kegembiraan dan segala-galanya.
Namun, kita masih tamak dan tidak mensyukuri segala nikmat yang diberikan
itu... Tidakkah kita terfikir? Baiklah.... Cuba kita pejamkan mata..... cuba
kita renung-renungkan Firman ALLAH dalam surah-surah dibawah yang bermaksud:
Auzubillahiminassyaitonnirrajim...
"Ya ALLAH Ya TUHAN kami, turunkanlah kepada kami
makanan dari langit untuk menjadi perayaan bagi kami, bagi orang-orang yang
bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi kekuasaanMU dan berilah
rezki kepada kami kerana ALLAH sebaik-baik yang memberi rezeki." Al-Maidah,
ayat 114.
"Bumi ditetapkanNYA untuk makluk sekalian. Di
atasnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak (mayang). Dan
biji-biji yang mempunyai daun tangkainya (seperti padi dan sebagainya) dan
haruman-haruman. Maka nikmat TUHAN manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman,
ayat 10-13..
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi
diriku, sebab itu ampunilah aku... Lalu ALLAH mengampuninya. Sesungguhnya ALLAH
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Al-Qasas, ayat 16..
Lihatlah..... ALLAH Maha BAIK kepada sesiapa sahaja!..
Betapa manusia itu tidak pernah bersyukur dan cukup atas nikmat pemberianNYA...
Baru sahaja diuji dengan dugaan yang sedikit, hati sudah mengeluh, perasaan
sudah tidak keruan yang akhirnya menghasilkan pelbagai persepsi negatif
terhadap Allah S.W.T seperti tidak sayangkannya lagi dan sebagainya. Berlainan
bagi orang yang tahu bersyukur, walau apa dugaan yang datang, dia tabah
melaluinya dengan redha atas dasar ujian tahap keimanannya...
Dunia adalah diumpamakan sebagai ladang tanaman yang mana di
atas ladang dunia inilah kita mencari rezeki, menabur bakti dan menambahkan
amal ibadah serta mengurangkan dosa. Perlu diingatkan di sini, mengurangkan
dosa... kerana apa? kerana kita adalah manusia biasa yang tidak maksum,
sememangnya tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun, kita boleh berusaha
untuk memperbaiki diri dari tidak melakukan dosa yang dilarang serta tidak
membuat kerosakan atau perkara yang ditentang oleh Pencipta kita...
Firman Allah dalam surah at-Taubah 105 bermaksud: "Bekerjalah
kamu, maka Allah dan Rasul-Nya beserta orang mukmin akan menyaksikan apa yang
kamu kerjakan.".
Hadis yang sering diperdengarkan, antaranya:
"Bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup
selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan
mati esok." Sesetengah ulama menganggap hadis itu sebagai athar Umar bin
al-Khattab.
Di atas bumi ini jugalah kita dipertanggungjawabkan mematuhi
beberapa syarat perundangan wajib Islam iaitu termasuklah rukun Islam, rukun
Iman, dan melakukan amal makruf nahi mungkar... Saling tegur menegur dan
menasihati ke arah kebaikan... Sememangnya fitrah manusia sukakan kebaikan,
bersih dan bebas dari pertelingkahan. Mari kita semua kembali kepada fitrah...
Mencintai majlis ilmu dan saling menasihati agar kita kembali ke jalan yang
diredhaiNYA... Amin...
Renung-renungkanlah, kita hidup bukanlah lama. Andai esok
menyambut kita di alam kekal sana, apakah bekalan yang kita sediakan dan
bawa... Adakah mencukupi? dan di dunia inilah tempat kita menanam amal dan
menyebarkan kebaikan...Wallahu alam...
sumber- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment